Monday 19 May 2014

KLINIK PENGENALAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN MSN / MSWP / JPN WP

Tarikh: 17.5.2014 (Sabtu)
Masa: 8.00AM - 1.00PM
Tempat: Kompleks  Sukan MSN Wangsa Maju

Pada 17hb Mei 2014, USPTNWP dengan kerjasama Cawangan Pelapis dan JPN WP telah berjaya memngajurkan Klinik Pengenalan Program Penggalakan Sukan (Renang, Olahraga, Badminton bertempat di Kompleks Sukan MSN, Seksyen 5, Wangsa Maju.

Selaras dengan pembukaan rasmi Kompleks Sukan MSN Wangsa Maju pada 16hb Jun 2014 oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan,klinik pengenalan ini telah dianjurkan bagi mencari bakat baru dan memberi peluang kepada pelajar sekolah di sekitar Wangsa Maju dan kawasan berhampiran menggunakan kemudahan sedia ada di Kompleks Sukan MSN Wangsa Maju. 

Selain itu, Kompleks Sukan yang mempunyai fasiliti sukan seperti Kolam Renang , Trek Olahraga dan 9 Gelanggang Badminton akan digunakan sebagai Pusat Program Penggalakan Sukan Wilayah Persekutuan dimana pelajar yang terlibat di dalam klinik pengenalan ini akan ditapis dan ditawarkan untuk mengikuti Program Penggalakan Sukan ini dibawah tunjuk ajar jurulatih yang dilantik oleh MSN.

Seramai 66 orang pelajar sekolah di sekitar Wangsa Maju telah melibatkan diri dan diberi teori serta praktikal berkenaan sukan Renang, Badminton dan Olahraga dibawah tunjur ajar jurulatih yang berpengalaman seperti bekas Atlet Jalan Kaki negara dan pemenang pingat emas Sukan Sea Manila 2005, En Shahrulhaizy Abd Rahman.

Sesi taklimat bersama ibubapa pelajar juga dijalankan oleh Pengurus Pelapis Negeri, En .Fairul Fadzli bagi memberi gambaran yang jelas berkenaan penganjuran klinik pengenalan dan pembukaan Pusat Program Penggalakan Sukan di Kompleks Sukan ini.

Sekian, terima kasih.


--
AHMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN
Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
0193680824/0388926777

1 comment:

  1. Tahniah! Semoga komplek sukan seperti ini akan terus didirikan dan dapat di munafaatkan dengan sepenuhnya untuk kekuatan jasmani dan mental rakyat. Terima kasih!!!

    ReplyDelete