Monday, 15 January 2018

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU JANUARI 2018

Tarikh: 14 Januari 2018 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Bandar Rinching, Semenyih.

KEHADIRAN:
1. En. Sanggralinggam (JSM)
2. En. Mahathir (JSM)
2. 13 orang atlet

LATIHAN
- 20 minit jogging 'warm up'
- Shadow Box
- Padding
- Teknik

UJIAN
- Tiada Ujian dijalankan

PERTANDINGAN
- Tiada Kejohanan

KECEDERAAN
- Tiada kecederaan

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat, hanya 13 orang atlet yang hadir ke latihan.
2. Jurulatih memaklumkan bagi tahun 2018, pusat latihan dan jadual latihan masih sama seperti tahun 2017 iaitu pusat latihan dibahagikan kepada 2 tempat, Bandar Rinching, Semenyih dan Ampang Jaya.
3. Bagi pusat latihan di Bandar Rinching akan dipantau oleh JSM Mahathir dan Ampang Jaya dipantau oleh JSM Sangralingam. 
4. Kedua-dua Pusat latihan akan berlatih bersama pada hujung minggu di Gimnasium Majlis Sukan Wilayah persekutuan mengikut kekosongan kenderaan. Jika tiada kekosongan JSM Sangralingam akan ke Semenyih untuk membuat latihan bersama, 
5. Semasa pemantauan, jurulatih memaklumkan bercadang untuk mengadakan latihan tindik bersama pasukan kebangsaan untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet yang bakal mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukma Perak September nanti. 

Sekian, terima kasih.

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SKUASY JANUARI 2018

TARIKH : 11.1.2018 (KHAMIS)
MASA : 6.00PM- 8.00PM
TEMPAT : PUSAT SKUASY, JALAN DUTA

KEHADIRAN:
- En Raymond (JPM)
- 17 atlet USPTN 

LATIHAN 
- Warm up and stretching 
- Forehand drill
- Backhand drill
- Shuttle Run

UJIAN
- tiada

PERTANDINGAN
- tiada

ULASAN
1. Latihan hari ini menekankan kepada kemahiran asas atlet dan fitness untuk persediaan tahun 2018.

2. JPM turut menyediakan periodisasi dan takwim untuk tahun 2018 dalam persediaan untuk SUKMA Perak 2018.

3. JPM dan Pihak SRAFT turut berbincang dengan PPN tentang bajet dan kejohanan yang akan disertai pada tahun 2018

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SEPAK TAKRAW JANUARI 2018

TARIKH: 11.1.2018 (KHAMIS)
MASA: 4.00 PM-6.00 PM
TEMPAT: SSN SERI TITIWANGSA

KEHADIRAN:
- EN HISHAM (JSM)
- 18 ATLET 

LATIHAN:
   - Latihan Kecergasan
   - Latihan Fizikal

UJIAN:
- tiada

PERTANDINGAN:
- tiada

KECEDERAAN:
- tiada

ULASAN
1. Latihan terganggu kerana cuaca hujan lebat di tempat latihan, JSM hanya dapat melatih fizikal dan fitness atlet di bawah lobI sekolah. JSM sekali lagi memohon untuk peruntukan untuk menyewa gelanggang di Stadium Titiwangsa pada sekiranya latihan terganggu kerana cuaca hujan.

2. PPN turut berbincang bersama JSM untuk memohon peruntukan untuk bola takraw memandangkan atlet semakin bertambah di PLN.

3. JSM turut menyerahkan takwim dan periodisasi atlet untuk tahun 2018. latihan masih diteruskan
walaupun masih KIV tentang status sepak takraw.

Tuesday, 9 January 2018

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT JANUARI 2018

Tarikh: 9.01.2018 (SELASA)
Masa: 9.00 AM - 11.00 AM
Tempat: KOMPLEKS SUKAN DBKL DESA TASIK

KEHADIRAN:
1. 1 JSM
2. 2 ATLET

LATIHAN 
- FRONT SQUAT
- SNACTH TECHNIC
- SPLIT JERK TECHNIC

UJIAN

PERTANDINGAN



KECEDERAAN


ULASAN

- PENYERAHAN BORANG MAKLUMAT ATLET DAN PENERANGAN MENGISI PERIODISASI INDIVIDU ATLET BAGI MENGEMASKINI MAKLUMAT ATLET BAGI TAHUN SEMASA. 

- KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENENTU MEMBERI KEKANGAN KEPADA BEBERAPA ATLET UNTUK MENJALANI LATIHAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

- ATLET MENJALANI LATIHAN SECARA INTENSIF BAGI MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK KE KEJOHANAN SETERUSNYA.


SHAIFUL NIZAM B AHMAD
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan
03-88926711

Monday, 8 January 2018

WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BERBASIKAL JANUARI 2018

TARIKH: 4 Januari 2018 (Khamis)
MASA: 4.00 pm - 5.00 pm
TEMPAT: Penginapan atlet, Taman Midah, Cheras

KEHADIRAN:
1. Datuk Ng Joo Ngan 
2. 6 orang atlet

LATIHAN
- Ergo (1 minit 39x14 X 10 set.)

UJIAN
- Tiada Ujian dijalankan

PERTANDINGAN
- Tiada kejohanan

KECEDERAAN
- Tiada kecederaan

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat atlet sedang bersiap untuk menjalani latihan pada sebelah petang.
2. Atlet hanya berkayuh ergo sebagai "recovery' kerana sebelah pagi mereka telah berlatih sejauh 120 KM.


WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK JANUARI 2018

TARIKH: 03 Januari 2018 (Rabu)
MASA: 4.00 petang - 5.00 petang
TEMPAT: Lapang Sasar ISSF, Jalan Semarak, Pulapol.

KEHADIRAN:
1. En. Lana Hon Ambok Selepa (JPM)
2. 9 orang atlet

LATIHAN
- 20 minit jogging 'warm up'
- 5 shot x 5 set (10 meter Air rifle/pistol)

UJIAN
- Tiada Ujian dijalankan

PERTANDINGAN
- Selangor Shooting Championship 2018 & Sportexcel 1 Malaysian Junior Shooting Championship (24 - 28 Januari 2018)

KECEDERAAN
- Tiada kecederaan

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat adalah hari pertama latihan dijalankan untuk tahun 2018.
2. Jadual latihan untuk tahun 2018 di Lapang Sasar Menembak Pulapol adalah seperti berikut:-

    - Sesi Pagi: 8.00 pagi - 10.30 pagi
    - Sesi Petang: 3.00 petang - 5.30 petang

3. Jurulatih memaklumkan akan memberi lebih tumpuan kepada atlet lepasan sekolah yang akan berlatih secara sepenuh masa.


WILAYAH PERSEKUTUAN - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PELAYARAN JANUARI 2018

TARIKH : 07 Januari 2017
TEMPAT : Kelab Tasik Putrajaya Presint 8
MASA : 12.00 tengahari - 6.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Azurashidi
2. JSM Wan Amirah
3. Atlet 8 orang

LATIHAN
- Asas layar
- Follow lead

PERALATAN
- tiada

PERTANDINGAN
- Kej. 15th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2018 pada 31 Januari hingga 04 Februari 2018

ULASAN

1. Perbincangan bersama JSM berkaitan peruntukan kejohanan di Langkawi. 

2. Perbincangan berkaitan periodisasi bagi tahun 2018.

3. Persediaan atlet untuk menjalani latihan  untuk SUKMA akan datang.